fbpx

Lee Zii Jia perlu dengar nasihat ‘otai’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA dinasihatkan mengambil serius saranan beberapa legenda badminton tanah air yang menggesa dia mendapatkan khidmat jurulatih. - AFP

PERSEORANGAN lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia nampaknya masih belum menemui rentak sebenar apabila terus menunjukkan aksi longlai selepas ter­singkir di pusingan kedua pada Kejohanan Badminton Terbuka Jerman malam kelmarin.

Kekalahan 21-15, 20-22, 21-23 kepada pemain Taiwan, Lee Chia Hao menyaksikan juara Asia itu masih belum dapat melangkah ke pusingan suku akhir dalam empat kejohanan yang disertai musim ini.

Justeru, bekas pemain No.1 dunia, Muhammad Roslin Hashim menasihatkan Zii Jia supaya mengambil serius saranan beberapa legenda badminton tanah air yang menggesa dia supaya mendapatkan khidmat jurulatih.

Beliau berkata, berdasarkan status yang dimiliki Zii Jia selaku bekas pemenang kejohanan Seluruh England (All England) tidak sepatutnya tewas kepada pemain tidak ternama seperti Chia Hao.

“Penyertaan dalam setiap kejohanan sememangnya menjadi adat sekiranya kalah atau menang, namun sekarang dia (Zii Jia) tewas kepada pemain kurang ternama yang tiada pengalaman di pentas antarabangsa.

“Jika melihat kepada status Zii Jia, sepatutnya dia tewas kepada nama besar tetapi sekarang dengan pemain belia pun sukar untuk lepas. Ramai nasihatkan supaya lantik jurulatih, namun saya lihat dia tidak ambil serius,” katanya.

Pada masa sama, Roslin juga tanpa berselindung meramalkan pemain berusia 25 tahun itu mungkin tidak dapat melangkah jauh pada kejohanan All England yang akan bermula Selasa ini berdasarkan prestasi semasa.

“Lihatlah sekarang ini tahap permainannya bagaimana, jika ia berterusan, saya tidak fikir dia mampu mencipta kejayaan pada kejohanan akan datang, lebih-lebih lagi di All England,” ujarnya.

Sementara itu, beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut mengalami nasib sama apabila tersingkir di pusingan kedua Terbuka Jerman selepas tewas 13-21, 18-21 kepada wakil Jepun, Akira Koga-Taichi Saito.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI