fbpx

Ibu ayah ‘tangkap’ anak 11 tahun tonton video lucah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Hancur hati tatkala membongkar aktiviti carian di internet menerusi Google yang dibuat anak lelaki berusia 11 tahun dengan kesemuanya berkaitan video lucah.

Carian tersebut dilakukan kanak-kanak itu sejak awal Februari lalu dan dia ‘kantoi’ selepas ditangkap ibu ayahnya yang melakukan pemeriksaan pada telefon bimbit.

Kisah dilalui ibu bapa tersebut dikongsikan oleh aktivis yang sering memberi kesedaran berhubung pendidikan seksual, Akhi Fairuz Al-Jengkawi pada hantaran Facebook.

“Assalamualaikum tuan, maaf mengganggu.Saya ada pertanyaan, ketakutan saya sebagai seorang Ibu menjadi nyata malam tadi.

“Saya ada seorang anak lelaki berumur 11 tahun. Malam tadi tertangkap oleh saya dan suami, dia buat carian video lucah di Google dan apabila saya periksa ‘history’, memang banyak carian sejak bulan awal Februari.

“Untuk makluman, anak saya baru terima telefon bimbit tersebut setelah setahun lebih tanpa telefon sebab rosak. Tahun sebelum telefon dia rosak, saya sangat kerap periksa telefon dia dan tak jumpa perkara yang mencurigakan,” kata ibu tersebut menerusi hantaran dimuat naik Akhi Fairuz.

Wanita itu memberitahu, suatu hari suaminya berasa pelik apabila anaknya yang berada di dalam bilik belum tidur, namun berselubung tilam toto.

“Kami suami isteri duduk di ruang tamu. Pintu bilik anak memang sentiasa terbuka kecuali selepas mereka mandi dan ingin memakai pakaian.

“Tetapi semalam suami pelik kenapa belum tidur, tapi berselubung toto. Bila ditegur, dia cepat-cepat cuba tutup telefon dia. Saya segera rampas telefon tersebut dan ‘kantoi lah’ video itu.

“Apa yang perlu saya dan suami buat sekarang tuan,” katanya yang meminta nasihat daripada Akhi Fairuz. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI