KUALA LUMPUR – Dorsett menawarkan hidangan berbuka puasa sempena Ramadan ini dengan pelbagai masakan enak, membangkitkan memori masakan Tok Mak di dua hotelnya iaitu Dorsett Grand Subang dan Dorsett Kuala Lumpur.
Bertemakan ‘CitaRasa Malaysia’, Dorsett Grand Subang membawa pengunjung menelusuri 14 negeri di Malaysia di aras Mezzanine hotel lima bintang itu mulai 23 Mac sehingga 20 April ini.
Harga ditawarkan iaitu RM168 nett (dewasa), RM138 nett (warga emas 60 tahun ke atas) dan RM90 nett (kanak-kanak 6-12 tahun). Tempahan awal bermula 1 Februari hingga 20 Mac dengan harga RM130 nett (harga dewasa sahaja).
“Pelanggan boleh menikmati durian musang king segar dari ladang Agro Best Services Malaysia Sdn. Bhd. dari Raub, Pahang,” katanya dalam kenyataan semalam.
Dorsett Kuala Lumpur pula menguji deria rasa pengunjung menikmati aroma benua di Checkers Cafe bertemakan Ramadan Seantero Dunia bermula 27 Mac hingga 20 April.
Antara hidangan popular dari pelosok dunia yang boleh didapati antaranya Lamb Shakshouka (Maghribi), Bukhari Chicken (Uzbekistan), Bamia (Mesir), Mashuai (Muscat) selain Tharid Lamb Chickpea (Turkiye).
Harga ditawarkan RM138 nett (dewasa) dan RM118 nett (kanak-kanak 4-12 tahun dan warga emas 60 tahun dan ke atas).
Selain itu, Dorsett Putrajaya pula bertemakan #Bismillah di Restoran Citra Rasa menampilkan lebih 160 hidangan autentik dan tradisional bermula 25 Mac hingga 20 April pada harga RM139 nett (dewasa) dan RM88 nett (kanak-kanak 5-12 tahun dan warga emas 60 tahun dan ke atas).
“Dorsett Hartamas Kuala Lumpur pula menjemput tetamu merasai ‘perjalanan epik’ melalui Semenanjung dengan rasa klasik dan nostalgia di Table Talk bertemakan Santapan Muhibbah dari 27 Mac hingga 20 April.
“Harga ditawarkan RM138 nett (dewasa), RM98 nett (warga emas 60 tahun dan ke atas) serta RM68 nett (kanak-kanak 6-12 tahun). Tempahan awal sehingga 20 Mac pada harga RM128 nett (dewasa) RM88 nett (warga emas 60 tahun dan ke atas) and RM58 nett (kanak-kanak 6-12 tahun),” katanya. -KOSMO! ONLINE