fbpx

Fitnah melampau, Hafidz Roshdi bagi Nurul Shuhada 48 jam mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIZD mendakwa ada antara kenyataan yang dikeluarkan Shuhada sebagai fitnah melampau.

PETALING JAYA – Sekian lama menutup mulut, Hafidz Roshdi memberi tempoh 48 jam kepada Nurul Shuhada Mat Shukri dan pihak berkaitan supaya membuat permohonan maaf serta menarik balik sebarang penerbitan termasuk gambar keluarganya yang terpalit isu rumah tangga mereka.

Hafidz menerusi surat terbuka yang dimuatnaik dalam Instagram menyifatkan kenyataan palsu Nurul Shuhada sebagai melampau dan tidak akan teragak-agak akan menggunakan saluran undang-undang andai maruah maruah keluarganya terus dicemari dengan fitnah.

“Demi menjaga kesejahteraan dan keselamatan diri dan seluruh keluarga, saya dengan rendah diri memohon dan memberi tempoh 48 jam dari sekarang kepada Shu (Nurul Shuhada) dan mana-mana pihak untuk menarik balik sebarang penerbitan umum dan gambar keluarga saya (yang) berkait dengan isu atau kes rumah tangga saya.

“Saya juga mahu permohonan maaf secara terbuka dibuat pihak awak (Shu). Sekiranya tidak, saya mahu semua faham situasi saya yang saya terpaksa ambil tindakan berlandaskan undang-undang terhadap mereka yang sudah menyentuh maruah dan privasi keluarga saya,” katanya.

Hafidz turut mendakwa status dimuat naik Nurul Shuhada dalam aman sosial pada 5 Mac lalu berunsur fitnah selain telah mengaibkan ahli keluarganya.

“Antara butirannya, status IG awak menyebut adik saya bersubahat dan seluruh keluarga saya bersifat toksik. lni jelas dan nyata, suatu fitnah.

“Rentetan status IG awak itu, ada pihak lain yang sudah menggunakan gambar saya, awak dan seisi keluarga saya merujuk kepada topik atau kandungan terbabit.

“Kini, keselamatan, kesejahteraan dan ketenteraman seluruh keluarga saya sudah terjejas atas tindakan awak.

“Saya berharap agar semua pihak lebih berhati-hati untuk tidak memberi sebarang komen apabila tidak tahu menahu kebenaran yang berkait dengan isu membabitkan urusan rumah tangga kami berdua.

“Kini, isu dan kes rumah tangga kita dalam siasatan polis dan akan diadili di Mahkamah Syariah tidak lama lagi,” tulisnya lagi.

Menerusi surat terbuka yang dikarang panjang lebar tersebut, pelakon berusia 28 tahun itu mengakui memilih berdiam diri biarpun pelbagai fitnah ditaburkan isterinya.

Hafidz turut mendakwa segala cerita yang didedahkan si isteri, ada yang tidak benar.

“Saya tahu segala apa yang awak canangkan, tidaklah semuanya benar maka saya terpaksa menulis di sini, kerana awak sendiri yang telah menutup segala jalan untuk perdamaian dan menyelesaikan secara kekeluargaan.

“Shu, saya jaga erat segala aib, kelemahan dan kekurangan awak sebagai isteri selama ini. Kita tidak sempurna. Saya hadap segala caci dan maki atas kelemahan dan kesilapan diri saya sendiri.

“Sebagai insan yang lemah, kita berdua tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Agak malang, semuanya menjadi di luar kawalan,” katanya.

Hafidz turut memberi peringatan kepada semua pihak lebih berhati-hati ketika menulis komen kerana tidak tahu kebenaran berkaitan isu rumah tangganya.

Sebagai bapa, dia juga ingin menjaga keselamatan dan kesejahteraan kedua-dua permata hati selain akan terus memberikan nafkah yang halal buat mereka.

“Saya juga ingin terus mencari nafkah yang halal untuk tidak mengabaikan tanggungjawab saya terhadap mereka.

“Saya memohon jasa baik mana-mana pihak untuk menghormati urusan dan keputusan saya demi kesejahteraan dan keselamatan keluarga masing-masing,” katanya.

Begitupun, pada bait terakhir surat tersebut, bapa kepada dua cahaya mata itu masih percaya ruang perdamaian antara mereka masih terbuka.

Isnin ini Hafidz yang dipercayai menumbuk Nurul Shuhada di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh bakal didakwa di Mahkamah Kuala Kubu Baharu, Selangor.

Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Humairah, 6 dan Umar, 2. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI