fbpx

Anwar bertemu kembali rakan sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kiri) meluangkan masa menziarahi Ahmad Fawzi (tengah) di kediamannya di Desa Seri Ampang, Ipoh hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/KOSMO!

IPOH – Selepas lebih 50 tahun tidak bersua muka, Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali bertemu rakan sekolahnya semasa menuntut di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).

Pertemuan Perdana Menteri dengan Ahmad Fawzi Shafii, 75, berlangsung ceria apabila Ahli Parlimen Tambun itu bergurau dan mengusik Ahmad Fawzi sambil mengimbau ‘kenakalan’ mereka ketika bersekolah.

Anwar dan Ahmad Fawzi meninggalkan bangku sekolah pada tahun 1966 dengan kedua-dua mereka kemudiannya menyambung pengajian di Universiti Malaya (UM) pada 1967.

Anwar yang berbaju kemeja berwarna biru meluangkan masa kira-kira 20 minit, turut merakam gambar sebagai tanda kenang-kenangan.

Ahmad Fawzi yang juga pernah sebilik dengan Anwar ketika menuntut di UM didiagnosis sebagai penghidap skizofrenia dan kini terlantar di rumah sejak dua bulan lalu.

Menurut adik bongsu Ahmad Fawzi, Dr Jama’iyah, 62, dia dan keluarga gembira apabila dimaklumkan bahawa pemimpin negara itu akan datang ke rumah untuk menziarahi Ahmad Fawzi.

Malah katanya, abangnya itu juga amat terharu sehingga mengalirkan air mata ketika dimaklumkan mengenai kunjungan tersebut.

“Walaupun ingatannya tidak berapa kuat lagi kerana faktor usia, namun dia masih ingat kawan-kawan.

“Ketika Presiden Alumni MCKK beritahu Anwar mahu datang ke rumah pun, dia menangis sebab terharu. Dia ketua kelas Anwar semasa di MCKK,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Desa Seri Ampang di sini hari ini.

Terdahulu, Anwar dalam lawatannya ke Perak hadir ke Taman D. R Seenivasagam di sini bagi merasmikan Sambutan Hari Landskap Negara diikuti perasmian Sambutan Hari Air Sedunia 2023 di Stadium Indera Mulia.

Perdana Menteri kemudiannya turut menyempurnakan perasmian Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun di Tambun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI