fbpx

Amaran hujan berterusan di Sarawak sehingga esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Metreologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan kategori buruk di beberapa kawasan sekitar Sarawak, sehingga esok.

MetMalaysia menerusi kenyataan di laman sesawangnya berkata, antara kawasan yang terlibat adalah Kuching dan Samarahan (Samarahan & Asajaya).

“Amaran hujan berterusan kategori waspada turut dikeluarkan di beberapa kawasan lain seperti Serian dan Samarahan (Simunjan),” katanya.

Dalam pada itu, amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di enam negeri sehingga pukul 7 malam ini.

Jelasnya, di negeri Kedah kawasan yang terlibat adalah Kulim dan Bandar Baharu) manakala di Pulau Pinang adalah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan).

“Kawasan yang akan berdepan cuaca buruk ini di Perak adalah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).

“Situasi sama turut diramalkan di Selangor (Hulu Selangor) dan Johor (Muar dan Batu Pahat),” ujarnya.

Tambah MetMalaysia, kawasan-kawasan yang dijangka mengalami ribut petir di Sarawak pula adalah Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song) dan Bintulu (Tatau). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI