fbpx

World Saree Day kutip dana untuk bantu PSDM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bkay (kiri) menandatangani bunting perasmian selepas sidang akhbar WSDM di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – World Saree Day Malaysia (WSDM) yang akan berlangsung pada 19 Mac ini di Dewan Tun Abdul Razak, Menara Kembar Bank Rakyat di sini, bakal mengetengahkan dan mendidik masyarakat tentang keunikan sari kepada masyarakat khususnya golo­ngan muda.

Pengarah Bkay Nair Resour­ces yang merupakan penganjur program tersebut, Bkay Nair berkata, memandangkan budaya pemakaian sari dalam kalangan rakyat Malaysia semakin dilupakan dan sering dimodenkan maka program ini adalah satu inisiatif terbaik untuk menggalakkan generasi muda terus mencintai dan menghargai seni pakaian serta fesyen tersebut.

“Kami mahu mendidik masyarakat tentang keunikan sari serta memperkenalkan budaya pemakaian sari di negara ini,” katanya pada sidang akhbar berhubung WSDM di sini baru-baru ini.

Bkay menerangkan, program yang melibatkan gabungan amal, pendidikan, budaya, dan fesyen itu turut disokong oleh Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM) bersama Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) serta Suruhanjaya Tinggi India.

PSDM adalah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang ditubuhkan pada 2001.
Ia mempunyai sukarelawan kebajikan yang menjaga pembangunan dan memperjuangkan hak individu Sindrom Down (SD) melalui perspektif kesihatan, kebajikan, pendidikan, latihan kerjaya vokasional dan pekerjaan.

Melalui program tersebut, dana yang diperoleh akan digunakan untuk membeli peralatan tambahan dan perbelanjaan latihan kerjaya vokasional ahli persatuan tersebut bagi membantu mereka menjadi usahawan yang berdikari serta berjaya di masa hadapan.

Sebelum ini, Bkay telah menganjurkan beberapa program seperti Miss Saree Malaysia 2019 dan Miss Saree Malaysia 2021.  -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI