fbpx

Wanita hidup tiga abad meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johanna meninggal dunia akibat strok pada 3 Mac lalu. – Newsflash

CAPE TOWN, Afrika Selatan – Seorang wanita dipercayai tertua di dunia meninggal dunia pada usia 128 tahun di rumahnya di Jouberton, Afrika Selatan, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Johanna Mazibuko yang mempunyai beberapa dokumen sokongan menunjukkan dia dilahirkan pada 11 Mei 1894, dipercayai meninggal dunia akibat strok pada 3 Mac lalu selepas beberapa kali dimasukkan ke hospital.

Menurut menantunya, Thandiwe Wesinyana, masyarakat setempat telah kehilangan ‘seorang ibu’.

“Saya berasa sedih dan hati saya bagaikan hancur. Masyarakat juga bersedih, kami semua kehilangan seorang ibu,” katanya.

Tahun lalu, Johanna, yang merupakan seorang buta huruf memberitahu laman berita News24 bahawa dia sendiri berasa kagum kerana masih bernafas.

“Mengapa saya masih hidup? Semua orang di sekeliling saya sudah meninggal dunia.

“Bilakah saya akan mati? Apa ertinya saya masih hidup? Dunia ini amat memenatkan kerana saya hanya duduk tanpa berbuat apa-apa,” katanya.

Anak saudara Johanna membawa wanita itu ke hospital pada 14 Februari lalu di mana dia dirawat kerana strok sebelum dibenarkan keluar dari hospital pada 28 Februari.

Beberapa hari kemudian, dia meninggal dunia dan dikebumikan pada Sabtu lalu.

Ibu kepada tujuh anak itu mempunyai 50 cucu serta merupakan satu daripada 12 beradik. Tiga daripada adik beradiknya dilaporkan masih hidup. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI