fbpx

Waktu operasi klinik kesihatan dipanjangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Waktu pengoperasian Klinik Kesihatan (KK) akan dipanjangkan bagi mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan Hospital Kerajaan.

Menurut hebahan Kementerian Kesihatan (KKM) di laman Facebooknya memaklumkan, pemanjangan waktu operasi selepas waktu pejabat itu dilaksanakan di 52 buah Klinik Kesihatan terpilih seluruh negara.

“Waktu operasi dipanjangkan dari 5 petang hingga 9.30 malam pada hari Isnin hingga Jumaat dan 8 pagi hingga 12 tengahari pada hari Sabtu.

“Bagi Negeri Kedah, Kelantan, dan Johor, waktu operasi pada hari Ahad hingga Khamis dari 5 petang hingga 9.30 malam dan 8 pagi hingga 12 tengahari pada hari Sabtu,” kata kenyataan itu hari ini.

Klinik Kesihatan terlibat di Kedah ialah (Alor Setar, Kulim, Sungai Petani, Kuah dan Padang Matsirat) dan Perlis (Kuala Perlis dan Kangar).

Di Perak pula melibatkan (Tapah, Teluk Intan, Greentown, Kemunting, Taiping, Sitiawan dan Tanjung Malim) manakala Selangor (Ampang, Kajang, Taman Medan, Seksyen 19, Bandar Botanik dan Taman Ehsan).

Manakala, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (Kuala Lumpur dan Presint 9), Negeri Sembilan (Port Dickson, Bahau dan Seremban), dan Johor (Mahmoodiah, Sultan Ismail, Bandar Maharani, Mengkibol, Batu Pahat dan Kulai Besar).

Pahang pula di (Bandar), Kelantan (Bandar Kota Bharu) dan Sabah (Inanam, Luyang,Menggatal, Lahad Datu, Penampang, Putatan, Sandakan dan Tawau).

Di Sarawak turut melibatkan (Jalan Masjid, Bintulu dan Jalan Lanang), Pulau Pinang (Bayan Baru dan Seberang Jaya) dan Melaka di (Masjid Tanah, Alor Gajah, Jasin, Merlimau, Ayer Keroh dan Peringgit).

Tambah kenyataan itu, waktu operasi dan hari bekerja akan disesuaikan mengikut keperluan setempat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI