fbpx

Tok bilal di Pattani naik RXZ harga RM600

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar daripada video tular seorang bilal di Thailand menggunakan Yamaha RXZ pada harga RM600.

PETALING JAYA – Amat mengejutkan apabila seorang bilal di Selatan Thailand di daerah Pattani menggunakan motosikal kegilaan ramai, Yamaha RXZ dengan harga RM600 sahaja.

Menerusi video tular di laman sosial ketika ini, bilal tersebut ternyata tidak ingin menjual motosikal dua lejang itu walaupun ditawar pada harga mahal.

“Harga RM600 sahaja, tapi saya tak nak jual. Biarlah buruk pun,” jelas bilal tersebut.

Yamaha RXZ ternyata mendapat permintaan tinggi di Malaysia, malah motosikal tersebut pernah dijual dengan harga tinggi mencecah RM80,000.

Motosikal berkeupayaan 135 cc itu menjadi pilihan apabila produksinya sudah ditamatkan oleh Yamaha.

Rata-rata orang ramai turut memuji bilal tersebut kerana tidak menjual motosikal terbabit dan menyimpan khazanah itu.

“Kalau dekat sini tengok keadaan motosikal tu boleh lekat harga RM20,000. Selamba sahaja pakcik tu cakap RM600,” kata Khaiman.

“Ada aku dengar kerangka sahaja dah harga RM4,000. Apa gila jual harga mahal kecuali la RXZ tu ada lima biji sahaja di Malaysia. Ini masih berlambak lagi,” kata Sapuan Mansor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI