fbpx

Shahaniza mahu bawa ‘suara’ wanita dalam MKT UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahaniza

PETALING JAYA – Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin mahu membawa ‘suara’ wanita sehingga ke peringkat tertinggi supaya mereka tidak ketinggalan dalam dasar-dasar parti pada masa akan datang.

Beliau yang menawarkan diri sebagai salah seorang calon Majlis Kerja Tertinggi (MKT) berkata, keberadaan wanita dalam peringkat tersebut penting bagi memberi impak yang baru serta lebih bertenaga kepada UMNO.

Jelasnya, UMNO juga memerlukan bukan sahaja idea dan pandangan daripada golongan wanita, tetapi gerak kerja bersama dengan pemimpin wanita dari segi gender.

“Saya yakin semua tujuh calon wanita yang menawarkan diri memiliki kekuatan dan kelebihan masing-masing yang saya kira boleh memberikan kelebihan kepada UMNO sekiranya mereka terpilih sebagai MKT.

” Selain itu, rakan-rakan lain boleh menjadi satu pasukan untuk memperkukuhkan parti kerana kita tahu wanita ini sifat semulajadinya adalah mereka yang setia kepada parti. Itu adalah perkara asas dan tunjang yang mesti ada pada diri pemimpin itu,”katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Shahaniza berkata, apabila menawarkan diri bermain di ‘gelanggang’ melibatkan pemimpin lelaki, wanita mesti meletakkan diri setanding dengan mereka.

“Saya lihat trend para perwakilan lelaki mereka menilai kita dari sudut itu dan bukannya menilai kerana kasihan pilih calon wanita atau kita kerana tak beri wanita sebab dia wanita.

“Malah saya yakin, sekiranya pemimpin wanita ini diberi peluang, ia beri satu impak yang baru dan lebih bertenaga kepada UMNO itu,”ujarnya.

Justeru kata Shahaniza, beliau berharap agar diberi peluang untuk menjadi salah seorang MKT pada pemilihan akan datang sekali gus dapat mewakili wanita dalam parti keramat terbabit.

Terdahulu katanya, seramai tujuh orang calon wanita daripada 95 orang calon keseluruhan menawarkan diri sebagai Ahli MKT UMNO.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI