fbpx

Muka tirus sebab diet, Chaeryeong makin cantik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHAERYEONG

AMALAN diet merupakan kaedah paling berkesan untuk mendapatkan perubahan ketara bukan hanya bentuk fizikal, namun turut memberi kesan nyata untuk bahagian wajah.

Perubahan tersebut disedari peminat selepas melihat Chaeryeong kini kelihatan semakin cantik dan wajahnya lebih tirus berbanding sebelum ini.

Dalam komuniti online, peminat memuat naik dua keping gambar ahli ITZY itu dan membuat perbandingan perubahan yang berlaku pada bahagian wajahnya.

Gambar terkini Chaeryeong jelas menunjukkan bahagian bawah wajahnya kelihatan lebih tirus berbanding sebelum ini pipinya kelihatan sedikit tembam.

“Rambut hitam dan amalan diet menaikkan seri wajah Chaeryeong. Memang dia semakin cantik sekarang,” puji peminat.

Disebabkan itu, ramai yang memuji Chaeryeong kerana dia kelihatan jauh lebih cantik dan bersinar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI