PRESTASI semasa dan jumlah perlawanan yang bakal diharungi Brighton pada Minggu ke-27 kali ini membolehkan ‘saham’ pemain kelab itu makin meningkat dalam kalangan pengurus pasukan Fantasy Premier League (FPL).
Selain Brighton, minggu ini menyaksikan tiga lagi pasukan akan bermain dua kali iaitu Brentford, Southampton dan Crystal Palace, sekali gus memberikan lebih banyak pilihan kepada setiap pengurus untuk menyenaraikan skuad terbaik.
Dengan beberapa pasukan sudah pamer prestasi baik, ia akan memudahkan setiap pengurus pasukan Liga Fantasi Kosmo! untuk buat pilihan pemain dan jika mengambil kira momentum The Reds membelasah Manchester United 7-0, bintang kelab Merseyside wajar dipertimbangkan.
Untuk itu, Kosmo! berkongsi beberapa tip bagi membolehkan para pengurus FPL mampu kutip mata sebanyak mungkin.
PENJAGA GOL
DAVID RAYA. Dua aksi yang bakal dilalui membuka peluang buat penjaga gol ini mendapatkan lebih banyak mata berbanding pemain nama besar lain.
PERTAHANAN
LEWIS DUNK. Mengambil kira prestasi, lawan yang bakal dihadapi dan dua aksi bakal dilalui Brighton pada minggu ini, pemilihan Dunk dianggap berbaloi bagi menyumbangkan mata maksimum.
TENGAH
MOHAMED SALAH sudah kembali menemui sentuhan dan sedang berada pada prestasi terbaik untuk terus mengukuhkan namanya sebagai penjaring terbanyak Liverpool.
PENYERANG
ERLING HAALAND. Pilihan paling mudah buat kesemua pengurus pasukan dan kualiti dimilikinya menjadi taruhan pemain fantasi bagi mendapatkan mata maksimum
KAPTEN
MARCUS RASHFORD sudah membuktikan kualitinya dan penyerang England ini dijangka akan jadikan Crystal Palace sebagai tempat buatnya lepas geram selepas dimalukan Liverpool.