fbpx

Mahkamah: Petisyen pilihan raya Ahmad Faisal dibatal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Radzi.

KUALA LUMPUR – Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim gagal mencabar kemenangan Datuk Mohd. Radzi Jidin bagi kerusi parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), November lalu.

Perkara itu ditentukan selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini membatalkan petisyen pilihan raya yang difailkan oleh Ahmad Faisal selaku pempetisyen dan memerintahkannya membayar kos RM20,000.

Hakim Datuk Faizah Jamaludin memutuskan demikian selepas membenarkan bantahan awal yang dikemukakan oleh Mohd. Radzi selaku responden setelah berpuas hati petisyen itu cacat dan tidak mengandungi fakta dan butiran lengkap.

Ahmad Faisal, 50, memfailkan petisyen itu pada 26 Januari lalu dalam usaha membatalkan kemenangan Mohd. Radzi Jidin, 46, atas dakwaan bekas Menteri Pendidikan itu memberi sogokan berjumlah RM150 kepada pengundi berdaftar di kawasan berkenaan.

Ketika membacakan keputusan itu, Hakim Faizah berpendapat, pliding dalam beberapa perenggan yang terkandung dalam petisyen berkenaan tidak dilengkapi fakta yang mencukupi bagi membolehkan petisyen itu dibicarakan.

Pada hemat beliau, pempetisyen tidak memplid perkataan-perkataan yang digunakannya dalam `WhatsApp Group Alumni’ sekolah bahawa pengundi berdaftar di kawasan itu dijanjikan wang RM150 agar mengundi responden atau dihalang mengundi calon lain di parlimen itu.

Hakim Faizah berpuas hati, pempetisyen juga tidak memplidkan sama ada Naib Presiden Bersatu itu benar-benar menjanjikan tawaran tersebut dan beliau mempunyai pengetahuan mengenainya.

Mahkamah turut berpendapat, pliding yang menyatakan individu bernama Najmi Azamuddin Abdul Abas telah menerima RM150 daripada seorang pekerja Perikatan Nasional (PN) sebagai ganjaran kerana telah mengundi Mohd. Radzi, tidak disertai fakta yang lengkap.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI