fbpx

Lelaki ditahan buat laporan polis palsu MyKad hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. NOTA TERBITAN KOSMO 24 MAC 2018 SABTU MUKA 6 Archived By RM

PETALING JAYA – Gara-gara enggan membayar denda kehilangan kad pengenalan, seorang lelaki ditahan kerana sanggup membuat laporan polis palsu kononnya disamun, kelmarin.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak ketika dihubungi Kosmo!.

Ujarnya, lelaki berusia 20-an datang ke Balai Polis Ampang, pada mulanya ingin membuat laporan polis mendakwa menjadi mangsa samun.

“Bagaimanapun siasatan lanjut dijalankan Ketua Polis Balai Ampang, Inspektor Mohammad Fareez Izzuan Mohd. Fazel bersama sepasukan Task Force mendapati kejadian samun itu tidak terjadi.

“Suspek kemudian mengaku membuat laporan polis palsu kerana tidak mahu membayar denda kerana kehilangan kad pengenalan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) selepas disoal siasat,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI