fbpx

Hujan lebat, trafik perlahan keluar pusat bandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsi LLM di Facebook rasminya hari ini.

PETALING JAYA – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan keadaan trafik perlahan kini berlaku di beberapa lebuh raya utama negara terutamanya perjalan keluar dari pusat bandar raya.

Jelas LLM, antara lebuh raya terlibat adalah di Plus E2 Universiti Putra Malaysia ke Plaza Tol Sungai Besi, Kajang ke Bangi serta dari Putra Mahkota ke Bangi.

Turut terlibat adalah dari Nilai ke Seremban, Skudai ke Senai serta Kempas ke Persimpangan Pasir Gudang.

Sementara itu, trafik turut dilaporkan perlahan di Lebuh Raya Mex dari pusat Rehat dan Rawat (R&R) Seri Kembangan ke Bukit Jalil arah Kuala Lumpur dan dari Salak Selatan ke Bukit Jalil arah Putrajaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI