fbpx

Hendak jadi kaya kita kena rajin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekerja asing beratur untuk mendapatkan suntikan vaksin di Terengganu tahun lalu.

Dua hari berturut-turut akhbar Kosmo! melaporkan mengenai pendedahan sekumpulan warga asing yang mengumpul kekayaan dengan mencari rezeki di negara kita.

Ia adalah mengenai cerita bagaimana mereka boleh menyimpan wang tunai sehingga ratusan ribu ringgit dalam masa lima tahun yang mungkin tidak mampu dilakukan oleh rakyat kita sendiri.

Mereka yang kebanyakannya datang dari Bangladesh dan Indonesia bukannya bekerja dalam bidang profesional, tetapi kerja biasa.

Cuma kata kuncinya golongan tersebut bijak mengambil peluang. Mereka juga rajin bekerja dan berdisiplin dalam aspek pengurusan wang kerana golongan tersebut tahu negara ini merupakan lubuk kerja dan duit.

Jadi tidak hairanlah hampir setiap hari media melaporkan mengenai cubaan warga asing masuk ke Malaysia melalui negeri-negeri di sempadan ditumpaskan pihak berkuasa.

Ada antara mereka yang sanggup berenang di lautan dan berlapar di dalam hutan asalkan dapat memasuki Malaysia.

Ini kerana mereka tahu di negara ini pengemis juga mampu memperoleh pendapatan lumayan, asalkan rajin keluar.

Ada warga asing yang sanggup berhutang ribuan ringgit dengan ejen untuk masuk ke negara ini untuk bekerja.

Seorang wanita dari negara jiran yang penulis temui di Petaling Jaya, Selangor sebelum ini pernah memaklumkan dia melakukan lebih tiga kerja sehari untuk mengumpul wang dengan lebih separuh daripada pendapatan itu diberikan kepada keluarganya di negara seberang.

Dia yang mempunyai kerja hakiki sebagai tukang cuci turut melakukan kerja-kerja sambilan dengan mencuci sangkar haiwan seawal pukul 5 pagi seterusnya bekerja di gerai nasi lemak sebelum membuat kerja pembersihan.

Pada sebelah malam, wanita ini bekerja kedai makan. Semua kerja itu dilakukan dalam radius tidak sampai 500 meter dari tempat tinggalnya.

Golongan ini bijak merebut peluang di depan mata. Mereka sanggup korbankan masa rehat demi wang.

Buat permulaan mereka hanya makan gaji, lama kelamaan menguasai perniagaan dan seterusnya menggaji orang tempatan pula sebagai pekerja atau kuli di negara sendiri.

Mereka juga bijak mengkaji dan bergerak mengikut keperluan rakyat kita termasuklah menguasai bidang yang memerlukan kemahiran.

Mendekati golongan ini, ada nilai-nilai positif yang boleh kita ceduk daripada warga asing.

Namun, apa yang membimbangkan akan muncul lebih banyak perniagaan ‘tidak berdaftar’ yang dikuasai warga asing di sini yang mana dalam masa sama menikmati ‘hak’ sama dengan rakyat tempatan.

Tidak mustahil sekiranya tiada pemantauan, orang Malaysia iaitu generasi akan datang menjadi kuli kepada warga asing di negara sendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI