fbpx

Hari tanpa bayang dijangka pada 28, 29 Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peristiwa ekuinoks yang berlaku apabila matahari tepat di atas garisan Khatulistiwa di sekitar Putrajaya pada Mac tahun lalu. - Foto FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

PETALING JAYA – Penduduk Malaysia dijangka dapat menyaksikan fenomena ekuinoks iaitu peristiwa tengah hari tanpa bayang sedikit lewat iaitu di Putrajaya pada 28 Mac dan di Kuala Lumpur pada 29 Mac ini.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dalam satu makluman berkata, bumi dijangka akan mengalami satu fenomena di mana masa siang dan malamnya sama panjang iaitu 12 jam siang dan 12 Jam malam pada Selasa depan.

“Ia susulan matahari yang akan berada betul-betul di atas garisan Khatulistiwa pada sepanjang hari Selasa depan.

“Bagi kawasan-kawasan yang betul-betul berada di atas garisan Khatulistiwa seperti di Pontianak, Indonesia dan Quito, Ecuador, akan berlaku waktu tengah hari tanpa bayang,” katanya di sini hari ini.

Ekuinoks turut menandakan perubahan musim iaitu bermulanya musim bunga di hemisfera utara bumi manakala di hemisfera selatan pula sebaliknya bertukar mengalami musim luruh.

Ketika fenomena tersebut, matahari berada tepat di atas kepala setiap orang dengan bayang kepala dan badan jatuh ke tapak kaki menyebabkan ia seumpama tiada bayang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI