fbpx

Cuaca buruk di tiga negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di tiga negeri sehingga pukul 5 petang nanti.

MetMalaysia dalam kenyataan di laman sesawangnya memberitahu, cuaca buruk itu dijangka berlaku di negeri Pahang, Johor dan Sarawak.

“Di Pahang melibatkan tiga daerah iaitu di Bera, Pekan dan Rompin manakala Johor di satu daerah iaitu Segamat.

“Sarawak pula amaran dikeluarkan di daerah Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu dan Miri (Subis),” kata kenyataan itu di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI