fbpx

Banteras segera peniaga asing atau kita balik kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebanjiran warga asing tanpa kawalan di negara ini membimbangkan banyak pihak. – Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan diminta menangani isu warga a­sing yang kini menjadi tauke dan memonopoli sektor perniagaan tertentu di negara ini sebelum terlambat.

Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia, Datuk Seri Rosli Sulaiman berkata, jika perkara itu terus dibiar­kan tanpa kawalan, kerajaan akan berterusan menanggung kerugian dari segi kutipan cukai.

“Saya mula berniaga di kawasan Chow Kit sejak tahun 1980 dan saya saksi ‘revolusi’ warga asing ini yang datang dengan ‘kosong’, kemudian dapat taraf penduduk tetap dan memiliki tanah.

“Mereka kemudian ‘bergelut’ dengan peniaga tempatan, mula beli rumah, tanah dan pecah-pecahkan dan beri kepada orang-orang mereka,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Menurutnya, kalau kita tak mengawalnya dari sekarang, tidak mustahil dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang warga asing akan mengecapi kenikmatan yang ada dalam ­negara.

“Tak mustahil orang kita akan ‘lari’ balik ke kampung semula.

“Perkara ni dah pun berlaku, tengok di kawasan Nilai 3, penuh dengan orang Pakistan,” ujarnya.

Kosmo! semalam melaporkan, warga asing kini mula menguasai beberapa sektor pekerjaan dan berperanan sebagai majikan, selain mampu menggajikan orang tempatan dengan upah yang cukup lumayan.

Rata-rata warga a­sing itu adalah mereka yang telah tinggal di negara ini sejak 10 tahun lalu dan bermula sebagai pekerja kontrak atau buruh kasar sebelum me­nguruskan bisnes sendiri.

Menurut Rosli, hak rakyat Malaysia semakin terhakis apabila golongan ini dikesan mula me­nembusi sektor kemahiran.

“Memang sektor ni mereka dah masuk. Berapa ramai Bangladesh yang boleh betulkan rumah, paip bocor dan sebagainya.

“Kontraktor G1 atau dahulu dikenali kontraktor kelas F, kena usaha janganlah harap projek kerajaan semata-mata. Lihat warga asing Bangladesh, mereka dapat kerja tak putus tanpa bergantung projek kerajaan,” ujarnya.

Tambahnya, kerajaan perlu serius membanteras penyertaan warga asing daripada terlibat dengan mana-mana sektor milik warga tempatan dengan tindakan pemutihan menyeluruh tanpa menunggu aduan orang ramai.

“Jika dalam sektor penjaja dan peniaga kecil, warga asing tidak dibenarkan terlibat. Tiada syarat diperuntukkan dan tiada keistemewaan disediakan untuk mereka,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI