fbpx

Amukan di gereja Hamburg ragut 7 nyawa, puluhan mangsa cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota-anggota polis berada di luar sebuah gereja selepas kejadiian tempatan berlaku di Deelbogestrasse, utara Jerman malam tadi. - Foto AFP

HAMBURG, Jerman – Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dan sebilangan lagi cedera dalam insiden tembakan di sebuah gereja di bandar Hamburg, utara Jerman malam tadi, lapor portal berita The Guardian.

Polis berkata, penyerang bersenjata dipercayai antara yang maut dalam kejadian itu, manakala motif serangan belum diketahui. 

“Kami tidak mempunyai tanda-tanda pelaku mahu melarikan diri,” kata seorang jurucakap sejurus selepas serangan berlaku. 

Polis berkata, anggota-anggotanya menemui seorang individu tidak bernyawa yang dipercayai penyerang tetapi siasatan masih berjalan. Polis juga menolak penglibatan penyerang lain. 

Kenyataan awal polis di laman Twitter memberitahu bahawa operasi besar-besaran sedang dijalankan di daerah GrossBorstel, bandar Hamburg sambil menambah, pihaknya masih menyiasat butiran kejadian tetapi tidak memberikan butiran lanjut.

“Menurut penemuan awal, tembakan dilepaskan di sebuah gereja di Deelbogestrasse, daerah GrossBorstel. Beberapa orang cedera parah, ada yang maut. Kami berada di lokasi kejadian dengan kontinjen besar anggota kami,” kata polis.

Akhbar Bild melaporkan bahawa tujuh orang maut dan 25 yang lain cedera, lapan daripada mereka parah. Insiden berlaku selepas pukul 9 malam (waktu tempatan),  manakala unit khas polis secara kebetulan berada berhampiran tempat kejadian apabila tembakan dilepaskan.

Wartawan NDR, Heiko Sander memberitahu, anggota-anggota polis berhampiran tempat memasuki bangunan gereja dan mula memindahkan orang ramai termasuk seorang wanita yang hamil. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI