fbpx

Amaran ribut petir, hujan lebat di Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang dijangka melanda Sarawak sehingga pukul 1 tengah nanti.

MetMalaysia dalam kenyataan di laman sesawangnya memaklumkan, amaran tersebut melibatkan daerah Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sarikei (Sarikei, Julau dan Meradong), Sibu, Mukah dan Kapit (Song dan Kapit).

Dalam pada itu, kenyataan itu juga mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di tiga perairan negara iaitu Selangor, Terengganu dan Sarawak bagi tempoh yang sama.

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (m) dan berbahaya kepada bot-bot kecil,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Katanya, angin kencang timur laut kategori kedua bagi aktiviti perkapalan turut dikeluarkan iaitu dengan angin berkelajuan 50 hingga 60 kmsj dengan ombak sehingga 4.5 m, dijangka di kawasan perairan timur Condore dan barat laut Reef North pada hari ini.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri,” ujarnya.

Manakala, amaran angin kencang timur laut kategori pertama turut dikeluarkan di perairan barat Condore, utara Bunguran, timur laut dan barat daya Reef North dengan angin berkelajuan 40 hingga 50 kmsj serta ombak boleh mencapai ketinggian 3.5 m.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI