fbpx

Hamil? Uqasha Senrose pernah gugur dua kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Selepas mengalami keguguran sebanyak dua kali, Uqasha buat masa ini terpaksa menangguhkan hasrat untuk hamil akibat kekangan jadual kerja yang padat

KUALA LUMPUR – Masih belum ada rezeki, pelakon popular, Uqasha Senrose mengakui bukan tidak pernah hamil bahkan sudah dua kali mengalami keguguran pada tahun lalu.

Menurut Uqasha, 31, kali pertama dia mengalami keguguran ialah ketika menunaikan umrah pada awal tahun 2022 manakala kali kedua pula sekitar November lalu.

“Keguguran yang pertama ialah ketika saya tunaikan umrah awal tahun lalu.

“Pada waktu itu, saya sedang datang bulan yang sudah berlanjutan selama sebulan dan darah keluar dengan sangat banyak tetapi saya diamkan sahaja tanpa melakukan sebarang pemeriksaan doktor,” katanya kepada Kosmo! Online pada Majlis Tayangan Program Ramadan Astro 2023 semalam.

Berkongsi mengenai keguguran kedua, isteri kepada aktor Kamal Adli berkenaan memberitahu usia kandungannya ketika itu ialah dua bulan.

“Kemudian saya datang bulan sekali lagi pada November lalu dan dalam tempoh yang lama serta rasa sakit pinggang teruk. Mungkin sudah terkumpul (darah) sejak saya tunaikan umrah.

UQASHA SENROSE ditemui Majlis Tayangan Program Ramadan Astro 2023, semalam.

“Pelik sebab saya tak pernah senggugut dan sakit sangat. Seterusnya saya lakukan pemeriksaan di hospital.

“Doktor minta buat ujian kehamilan dan keputusannya adalah hamil cuma kandungan ketika itu memang sudah tiada. Usia kandungan saya ketika itu dua bulan,” katanya lagi.

Sementara itu, dia juga perlu menjalani pembedahan kecil bagi mengeluarkan darah beku kerana dikhuatiri akan memberi kesan untuk kehamilan seterusnya.

Ditanya mengenai perancangan hamil selepas ini, bintang drama Setelah Terlafaznya Akad itu perlu menangguh hasrat tersebut kerana kekangan jadual kerja sehingga Ogos depan.

“Siapa yang tak nak cahaya mata sendiri tetapi saya tangguh dulu kerana jadual kerja sangat padat.

“Cuma sekarang ini rasa lega sebab akhirnya tahu yang saya boleh hamil mengandung.

“Buat masa ini mungkin belum ada lagi rezeki saya dan Kamal,” ujarnya.

Uqasha atau nama penuhnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen itu mendirikan rumah tangga dengan Kamal pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. – KOSMO! ONLINE

 

ma penuhnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen mendirikan rumah tangga dengan Kamal pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI