fbpx

Tubuh koperasi di masjid, tingkat ekonomi kariah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SULAIMAN (duduk, tengah) bersama peserta Seminar Pengimarahan Masjid Negeri Melaka Tahun 2023 di sebuah hotel di Ayer Keroh, Melaka.

MELAKA – Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bekerjasama untuk menggalakkan komuniti masjid menubuhkan koperasi bagi meningkatkan taraf ekonomi umat Islam.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, setakat ini sebanyak 51 koperasi masjid dan surau telah berdaftar dengan SKM.

Menurut beliau, berdasarkan Laporan Audit SKM Melaka 2022, terdapat lima koperasi kariah yang terlibat secara aktif dengan perniagaan pemborongan dan peruncitan merekodkan pencapaian membanggakan.

“Lima koperasi itu adalah Koperasi Gabungan Masjid- masjid Negeri Melaka Berhad, Koperasi Kariah Masjid Tun Syed Ahmad Al-Haj Bukit Beruang Melaka Berhad, Koperasi Kariah Masjid Taman Merdeka Batu Berendam Melaka Berhad, Koperasi Kariah Masjid Al Muhsinin Melekek Luar Alor Gajah Melaka Berhad dan Koperasi Masjid AnNur Taman Maju Jaya Melaka Berhad.

“Jumlah aset bagi lima koperasi ini sahaja bernilai lebih kurang RM1.3 juta. Pastinya niat mereka (koperasi) yang utama adalah untuk meningkatkan taraf ekonomi umat Islam di kariah masing-masing,” katanya ketika berucap merasmikan Seminar Pengimarahan Masjid di sebuah hotel di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI