fbpx

Sudah terlambat kalau nak berdamai – Puteri Sarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTERI Sarah hanya memohon dia dilepaskan dengan cara baik oleh Syamsul.

KUALA LUMPUR – Lebih setahun tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suami antara punca Puteri Sarah Liyana nekad meminta Syamsul Yusof ‘melepaskannya’ menjalani kehidupan sendiri.

Kata pelakon itu, Syamsul tidak culas tentang nafkah anak-anak, namun dalam hubungan suami isteri mereka bukan lagi seperti pasangan lain.

“Kami sudah lama tak macam suami isteri. Dia juga tak menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan saya tahu dia sedar perkara itu.

“Nafkah anak-anak dia tak abaikan. Lagi sekali saya cakap, nafkah anak-anak dia tak abaikan,” katanya selepas prosiding sebutan pertama permohonan cerai di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, kelmarin.

Pada masa sama, aktres berusia 38 tahun itu kecewa apabila Syamsul seakan cuba bermain tarik tali selepas enggan melafazkan cerai, sedangkan dia sedia maklum situasi dingin antara mereka.

Malah katanya, kenyataan lelaki itu berkenaan masih ada sinar dalam perkahwinan mereka sebagai sesuatu yang tidak nyata atau menampakkan jalan perdamaian.

“Sinar apa? Dia sepatutnya terkejut dengan tindakannya sendiri yang secara tiba-tiba tak mahu bercerai. Kita semua mengharapkan semua ini selesai.

“Kepada mereka yang kata saya halang poligami, awak semua tak tahu apa yang berlaku di dalam rumah kami. Pada waktu itu saya masih tutup aib dia kerana sayang. Apa yang jadi saya tak cerita.

“Tetapi sekarang ini kenapa tak nak lepaskan? Biarkan saya pergi. Saya cuma mahu ke depan. Dah terlambat kalau dia nak berdamai. ‘Alamak isteri aku dah nak hilang.’

“Perbincangan pun sepatutnya dibuat tiga tahun lepas. Kalau hari ini baru nak tersedar, dah terlambat. Saya masuk hospital pun dia tak menjenguk, tak tanya khabar,” katanya.

Selepas setahun tidak bersua dengan suami, akui Puteri Sarah hatinya juga sudah tiada rasa selain hanya meminta Syamsul menceraikannya dengan segera.

“Saya sudah setahun tidak bertemu dia dan ini baru pertama kali saya berjumpa dengannya. Saya pun tak pandang dia tadi, tiada rasa.

“Saya cuma harapkan saya dilepaskan dengan baik. Jangan susahkan lagi keadaan. Untuk apa? Awak dah kahwin baru, pergilah dekat isteri sana. Saya tak marah,” luah wanita itu.

Terdahulu, Puteri Sarah dan Syamsul diperintahkan mahkamah supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.

Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.

Sebutan kes seterusnya ditetapkan pada 10 April depan untuk mengetahui laporan JKP. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI