fbpx

SKM rangka pelan banteras salah guna kuasa anggota lembaga koperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Azlin (tengah depan) bersama peserta program itu di Setia Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sedang merangka pelan anti rasuah bagi membanteras penyalahgunaan kuasa dan pecah amanah anggota lembaga koperasi di seluruh negara.

Naib Pengerusi Eksekutifnya, Siti Azlin Ahmad Dauta berkata, pelaksanaan inisiatif itu susulan wujud kes melibatkan kesalahan mengikut Seksyen 45 Akta Koperasi 1993.

Katanya, anggota lembaga sesebuah koperasi secara asasnya diberi mandat daripada ahli untuk mengurus dan mentadbir dengan sebaik mungkin namun, ada yang salah guna kuasa.

“Justeru, mereka melakukan kesalahan di bawah Akta Koperasi sehingga didakwa di mahkamah dan pelan pembangunan anti rasuah perlu dirangka bagi mencegah perkara itu,” katanya selepas merasmikan Majlis Apresiasi Koperasi Terbaik Wilayah Persekutuan di Setia Alam di sini, hari ini.

Siti Azlin menegaskan SKM akan memilih kelompok 100 koperasi teratas sebagai perintis pelan pembangunan anti rasuah tersebut dan pelan itu turut akan memfokuskan libat urus perolehan atau tender lebih telus menerusi penilaian terperinci pihak berkaitan.

“Inisiatif yang akan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun ini akan dipantau SKM dan Institut Integriti Malaysia (IIM) manakala kesemua 15,315 koperasi berdaftar sedia ada turut digalak bangunkan pelan masing-masing sebagai langkah cegah gejala rasuah,” ujarnya. -nKOSMO!nONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI