fbpx

Siapa tak setuju, lihat semula Akta Pertubuhan – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika di Shah Alam. - Kredit UMNO ONLINE

SHAH ALAM – Pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi pengecualian kepada UMNO mengenai usul tiada pertandingan bagi dua jawatan teratas parti itu perlu melihat peruntukan Akta Pertubuhan 1966.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, peruntukan itu mengikut akta yang diluluskan oleh Parlimen.

“Siapa yang tidak setuju itu? Kalau tidak setuju, kene tengok balik dalam Akta Pertubuhan sedia ada.

“Maka, kita serahkan balik kepada Parlimen kalau mahu akta berkenaan dipinda,” katanya selepas Majlis Pengenalan Calon Naib Presiden, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan Exco Sayap UMNO Peringkat Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini, malam tadi.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan pengecualian berhubung usul tiada pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden bagi pemilihan UMNO kali ini.

Perkara itu mendapat reaksi bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang turut tidak bersetuju dengan penularan surat yang didakwa daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Khairy menerusi perkongsian di akaun Instagramnya berkata, jika kandungan surat itu betul, usul tambahan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 adalah tidak sah.

Dalam pada itu, jelas Ahmad Zahid, beliau akan mengumumkan hala tuju baharu UMNO Bangkit 2.0 selepas pemilihan pada 18 Mac ini.

“Kita mahu barisan terpilih nanti bersama-sama dengan saya untuk terjemahkan pelaksanaannya. UMNO telah susun 21 langkah bagi realisasikannya dan kita harap tiada lagi duri dalam daging dan gunting dalam lipatan dalam parti,” ujarnya.

Tambah beliau, Selangor menawarkan calon paling ramai apabila 79 orang dilaporkan menawarkan diri bertanding pelbagai jawatan di peringkat pusat pada pemilihan UMNO. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI