fbpx

Sengsara 30 minit, cincin ibu saudara tersekat jari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menggunakan mesin pemotong bagi mengeluarkan cincin tersekat jari kanak-kanak tersebut.

KLANG – Tindakan seorang kanak-kanak lelaki menyarung jari dengan cincin milik ibu saudaranya bertukar detik cemas selepas barangan kemas itu tersekat selama 30 minit dalam kejadian di Kampung Delek Kiri, malam tadi.

Ahli keluarga mangsa cuba mengeluarkan cincin pada jari telunjuk kiri kanak-kanak berusia tujuh tahun itu namun gagal sebelum menghubungi pihak bomba.

Ibu saudara mangsa dikenali Siti Sarah berkata, anak saudarnya itu telah mengambil cincinnya yang diletakkan di dalam salah sebuah bilik.

“Sebelum sarungkan cincin, salah seorang ahli keluarga lihat anak saudara ada gigit cincin tersebut tapi kemudiannya tersangkut dan kami cuba keluarkan tetapi tak berjaya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Sementara itu, Pengarah Bomba Selangor, Morni Mamat berkata, lima anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Raja bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 11.01 malam.

“Bomba berjaya mengeluarkan cincin itu menggunakan mesin pemotong dan spanar dan mangsa kemudiannya diserahkan kepada keluarga untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI