fbpx

RHB, PPZ-MAIWP taja yuran pengajian pelajar asnaf UM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adissadikin (kanan) menyerahkan sumbangan kepada Mohd. Hamdi (tengah) mewakili 10 pelajar asnaf UM sambil diiringi Mohammed di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – RHB Isla­mic Bank Berhad (RHB Islamic) dengan kerjasama Pusat Pu­ngutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dan Universiti Malaya (UM) menyerahkan sumbangan tajaan yuran pengajian kepada 10 pelajar asnaf UM bernilai RM5,000 dengan jumlah ke­seluruhan sumbangan sebanyak RM50,000.

Sumbangan ini merupakan kesinambungan daripada Kempen Pelanggan Mewah Kumpulan Perbankan RHB yang diadakan pada tahun 2022 yang mana pembayar zakat daripada kalangan pelanggan dan kakitangan RHB mengambil bahagian dalam Skim Wakalah (pengembalian semula wang zakat) untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) PPZ-MAIWP Mohammed Hassan berkata, PPZ-MAIWP menawarkan Skim Wakalah atau pengembalian semula sehingga 50 peratus kepada individu yang menunaikan zakat serendah RM20,000 hingga RM1 juta setahun di PPZ-MAIWP.

“Melalui Skim Wakalah ini, para pembayar zakat boleh mengambil kembali bahagian wang zakat yang ditunaikan untuk diagihkan sendiri kepada asnaf dan mereka yang berkemampuan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena majlis penyerahan sumbangan untuk menaja pelajar asnaf yang disempurnakan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic, Datuk Adissadikin Ali di sini semalam.

Turut hadir Naib Canselor UM, Prof. Datuk Dr. Mohd. Hamdi Abd. Shukor.

Ini merupakan kerjasama strategik antara PPZ-MAIWP bersama para pembayar zakat RHB melalui Kempen Pelanggan Mewah RHB bagi menyantuni pelajar-pelajar asnaf di UM.

Sumbangan itu merupakan kesinambungan daripada Kempen Pelanggan Mewah Kumpulan Perbankan RHB yang diadakan pada tahun 2022, yang mana pembayar zakat daripada kala­ngan pelanggan dan kakitangan RHB mengambil bahagian dalam Skim Wakalah (pengembalian semula wang zakat) untuk dia­gihkan kepada mereka yang memerlukan.

PPZ-MAIWP turut menawarkan kerjasama strategik bagi membantu menguruskan dana wakalah pembayar zakat melalui program turun padang yang diadakan.

Selain itu, Adissadikin menjelaskan, pihak RHB Islamic meng­ucapkan jutaan terima kasih kepada para pembayar zakat yang menyertai inisiatif Pakej Khas untuk Pembayar Zakat di Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (Pakej Khas) yang mula dilancarkan pada September 2022.

Menurut beliau, pada tahun ini, lebih daripada RM100,000 Zakat Wakalah telah berjaya dikumpulkan di bawah pakej khas tersebut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI