BANGKOK – Polis di daerah Tung Song di wilayah Nakhon Thammarat memburu seorang lelaki yang merompak sebuah kedai ketum pada Sabtu lalu, lapor portal berita Thaiger hari ini.
Menurut polis, lelaki itu bukan sahaja mengancam seorang gadis yang merupakan pemilik kedai dengan sepucuk pistol tetapi juga meraba kemaluan mangsa sebelum dia bertindak melarikan diri.
Rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial menunjukkan suspek memakai jaket dan topi keledar meletakkan motosikalnya sebelum memasuki kedai berkenaan lalu mengancam mangsa.
Suspek yang tidak dinamakan itu mencuri semua wang tunai sebelum melakukan serangan seksual terhadap gadis itu.
Mangsa dikenali sebagai dan Ta berusia 19 tahun memberitahu media bahawa dia dan ibunya menyewa sebuah rumah di Tung Song-Kapong Road lima bulan lalu supaya mereka boleh mengusahakan kedai menjual ketum. – Agensi