fbpx

Pergi Perlis macam di Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana di Perlis dihiasi pokok tecoma. Kredit Instagram Akmal Azman

PETALING JAYA – Terasa seperti sedang menikmati musim bunga sakura di negara Jepun.

Itu yang dapat digambar pemandangan di Perlis ketika ini apabila meriah dengan bunga tecoma menghiasi sekitar negeri tersebut.

Malah, orang ramai turut tidak melepaskan peluang bergambar dengan bunga tecoma menghiasi tepi jalan di sekitar Perlis.

Beberapa gambar dan video turut dikongsikan orang ramai menerusi media sosial.

Salah satu kawasan yang menjadi tarikan menikmati bunga tecoma ialah Dataran Dato’ Sheikh Ahmad dan Taman Sakura seperti yang dikongsikan Instagram perlisissosmall.

Pokok tecoma atau nama sainstifiknya ‘tabebuia pentaphylla’ hanya muncul secara bermusim, ketika Malaysia berdepan cuaca panas sekitar Mac dan April setiap tahun.

Difahamkan pada tahun lalu, keadaan bunga tecoma tidak ‘berapa’ menjadi ekoran cuaca yang tidak menentu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI