fbpx

Perang Dingin versi China-AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki menunggang skuter sambil melintasi sebuah papan iklan menunjukkan gambar Presiden Xi Jinping di Beijing, 28 Februari lalu. - AFP

BEIJING – China dan Amerika Syarikat (AS) kini berada di peringkat awal Perang Dingin baharu dan perlu membuat keputusan sama ada untuk meningkatkannya lagi kepada konfrontasi sebenar atau menyelesaikan secara aman untuk kepentingan semua pihak, kata beberapa penganalisis seperti dilaporkan laman berita Channel News Asia kelmarin.

“Bagi saya, kita sebenarnya sudah berada di peringkat awal versi baharu Perang Dingin dan China tidak benar-benar menafikannya,” kata seorang penganalisis, Dr. Chen Gang yang merupakan Penolong Pengarah Penyelidikan Dasar dan Felo Penyelidik Kanan di Institut Asia Timur, Universiti Nasional Singapura.

“Namun, saya tidak fikir Menteri Luar China, Qin Gang berfikir bahawa ia akan memenuhi kepentingan asas negara itu dan kepentingan strategik kerana Beijing masih memerlukan sejenis persekitaran antarabangsa yang aman dan stabil.

“Ia amat penting untuk China membangunkan ekonominya serta mencapai matlamat jangka panjang,” katanya kepada CNA.

Selasa lalu, Menteri Luar China, Qin Gang berkata, isu Taiwan adalah perkara di mana tiada negara lain berhak untuk campur tangan.

AS juga dituduh terlibat dalam penindasan terhadap China serta menyekat Beijing berbanding menjalani persaingan yang adil atau berasaskan peraturan.

Menurut Chen Gang, jawapan Qin Gang tersebut memberi isyarat bahawa kuasa besar Asia Timur itu sebenarnya merasakan tekanan daripada AS dan negara-negara Barat lain selain menyedari situasi antarabangsa yang sangat sukar yang dihadapinya.

Tambah beliau, kata-kata Qin Gang turut menyerlahkan titik perubahan dunia.

“Dunia boleh sama ada mengejar keamanan, kestabilan, pembangunan dan kemakmuran untuk semua atau meningkatkan persaingan menjadi perang konvensional.

“China mahu mempromosikan keamanan dengan jirannya dan semua negara lain termasuk AS,” tambahnya.

Sementara itu, seorang penganalisis dari Universiti Soochow, Dr. Victor Gao memberitahu CNA bahawa adalah sangat perlu bagi kedua-dua negara kuasa besar itu untuk melakukan yang terbaik bagi mengekalkan hubungan yang sihat, mantap dan membina.

Menurut beliau, AS bimbang sekiranya China mengatasinya di peringkat global, Beijing akan cuba mengetepikan Washington dan mengenakan sistem politik, ideologi atau nilai mengikut cara negara itu.

“China bagaimanapun tidak akan berbuat demikian, malah sebaliknya mahu berurusan dengan semua negara secara sama rata,” ujarnya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI