fbpx

Penduduk terjejas banjir dibantu bersih rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAHRIN (dua dari kiri) bersama pegawai dan anggota membersihkan sebuah rumah penduduk Kampung Palembang Baru, Kluang melalui Program Bersama Rakyat, hari ini.

KLUANG – Kira-kira 300 anggota polis, Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Bomba dan Penyelamat dan Pasukan Sukarelawan Rakyat Malaysia (Rela) Kluang tampil membantu penduduk Kampung Palembang Baru yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, melalui Program Bersama Rakyat itu, sebanyak 10 buah rumah penduduk kampung ini terpilih untuk kerja khidmat masyarakat pihaknya.

Katanya, rumah terpilih ini adalah kediaman yang terjejas teruk dan ditenggelami air sehingga paras bumbung selain dihuni keluarga kurang upaya serta ibu tunggal.

“Malah untuk membuang kerosakan harta benda penduduk terlibat, pihak SWM Environment Sdn Bhd turut terpaksa menggunakan dua lori tiga tan mengangkut keluar,”katanya kepada media, hari ini.

Menurut Bahrin lagi, pihaknya turut bersedia menawarkan bantuan serupa kepada penduduk di Kluang ini selaras dengan hasrat Ketua Polis Negeri Johor, Datuk Kamarulzaman Mamat yang menyarankan agar pihaknya sentiasa bersama rakyat dalam menghadapi bencana seperti ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI