fbpx

Pembangunan bandar perlu seimbang – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tiga kiri) bersama Mahadi (dua kiri) melakukan gimik perasmian Festival Taman Kuala Lumpur 2023 di Taman Tasik Tiwiwangsa di sini, hari ini. - FOTO FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diseru untuk memberi tumpuan kepada perancangan bandar yang seimbang dan tidak melupakan keselesaan penduduknya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keadaan di bandar yang menzahirkan kawasan yang sesak serta kewujudan rakyat miskin bandar menunjukkan terdapat kelemahan dalam pembangunan di kawasan kota.

“Kita perlu mengawal keseimbangan. Kalau kita hanya menjurus ke satu bidang, pembangunan semata-mata maka kita lihat keadaan tidak terkawal dan lebih parah apabila ada kesenjangan kerana kota juga menzahirkan kawasan sesak, miskin bandar, maknanya perancangan kita ada kelemahannya.

“Bangunkan bangunan tersergam indah, projek-projek mega kerana itu perlu untuk pembangunan tetapi kita lupa bahawa yang bekerja itu juga memerlukan perumahan, tetapi perumahan ketinggalan,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Festival Taman Kuala Lumpur 2023 di Taman Tasik Titiwangsa di sini, hari ini.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datuk Dr. Wan Azizan Wan Ismail, Menteri Pembangunan Dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah dan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Anwar berkata, lebih parah lagi kelemahanan merancang pembangunan juga menyebabkan kesukaran untuk membina perumahan yang mampu milik buat penduduk di bandar.

“Bila mahu bangunkan perumahan kos sudah meningkat, kos tanah melambung tinggi, sebab itu perancangan dari kota-kota besar ini sangat penting.

“Saya nyatakan tidak terlalu terlambat, tetapi sudah tenat kita mahu membangunkan perumahannya kos sudah terlalu tinggi kerana kita tidak meletakkan kawasan-kawasan yang lebih awal untuk perumahan rakyat,” ujarnya.

Katanya lagi, PBT juga perlu mempunyai keyakinan untuk mengindahkan kawasan bandar serta menyediakan kota yang memberi manfaat kebersihan, kesihatan dan kemudahan kepada semua penduduknya.

“Hampir dua juta rakyat ketika ini majoritinya di kategori rendah dan mereka juga berhak sebagai warganegara untuk mendapat manfaat kesihatan, kemudahan dan sebagainya.

“Dalam (kerajaan) Madani ini, kita harus ikthtiar, jadi saya ucapkan terima kasih Datuk Bandar, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), untuk menambah peruntukan, jadi saya tambah peruntukan yang agar besar di mana kali pertama dalam Belanjawan di mana usul kemiskinan tegar, perumahan, gerai, nasib pekebun kecil, penoreh getah kita berikan tumpuan.

“Saya tidak katakan dalam 60 tahun ini tidak pernah ada tumpuan, saya tidak nafikan kebaikan-kebaikan yang lalu tetapi belum ada usaha untuk memberi tumpuan sekeras yang ada sekarang,” tambahnya.

Terdahulu, bertemakan Laman Seni dan Flora Malaysia, Festival Taman Kuala Lumpur 2023 merupakan program penjenamaan semula daripada Program Kuala Lumpur Orchid and Bonsai Show (KLOBS) yang pernah dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur semenjak tahun 2012.

Pelbagai pengisisan acara disajikan sepanjang festival itu berlangsung seperti pameran, pertandingan, jualan dan persembahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI