TAHUN tuah buat kumpulan NewJeans apabila kini secara rasmi bergelar duta global jenama denim terkenal dunia, Levi’s.
NewsJeans turut menzahirkan rasa besar hati atas pemilihan tersebut yang menjadi satu momentum cemerlang selepas bergelar wajah kempen McDonalds Korea.
“Kami berbesar hati dan teruja untuk bersama Levi’s iaitu jenama global yang mewakili seluar jeans paling ikonik dunia,” katanya.
Levi’s dalam satu kenyataan yakin pemilihan NewJeans akan menarik perhatian generasi kini membeli jenama yang kini meraikan ulang tahun ke-150 itu,
“Dengan imej mereka yang bersemangat, bergaya dan bertenaga, kami sangat menantikan pelbagai respons positif daripada peminat,” ujar wakil Levi’s.