fbpx

Muhyiddin berdepan tujuh pertuduhan mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin.

PUTRAJAYA- Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan bakal berdepan tujuh pertuduhan mahkamah bermula esok sejurus beliau keluar dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) sebentar tadi.

Menurutnya, pendakwaan terpilih terhadapnya merupakan satu tindakan politik yang berniat jahat semata-mata mahu melumpuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Perikatan Nasional (PN).

“Daripada dua perkara yang saya sebut tadi (JanaWibawa dan rayuan pembatalan cukai), mereka telah mengembangkannya menjadi tujuh pertuduhan ke atas saya.

“Tujuannya adalah untuk memalukan saya dengan mengheret saya ke mahkamah esok.

“Pendakwaan terpilih ke atas saya ini adalah satu tindakan politik berniat jahat yang dilakukan oleh Pakatan Harapan dan Barisan Nasional, semata-mata untuk melumpuhkan dan menghancurkan Bersatu dan PN,” katanya kepada pemberita di sini tadi.

Jelasnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetahui bahawa PN mendapat sokongan padu daripada rakyat terutamanya orang Melayu dan Bumiputera selain akan menang besar dalam enam Pilihan Raya Negeri kelak.

“Saya yakin dan percaya, dengan izin Allah, Anwar, Pakatan Harapan dan parti-parti yang bersekongkol dengannya akan dihukum oleh rakyat dalam pilihanraya.

“Saya menegaskan bahawa saya tidak bersalah dan saya akan jawab segala pertuduhan terhadap saya di mahkamah,” jelasnya.

Muhyiddin dijangka dihadapkan ke Mahkamah Kuala Lumpur esok bagi enam pertuduhan, manakala satu lagi pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Shah Alam Isnin depan.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI