fbpx

Liverpool gigih buru slot Liga Juara-Juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HENDERSON memberi amaran kepada rakan-rakan sepasukan agar tidak terbuai-buai dengan kejayaan menewaskan United 7-0 kerana slot Liga Juara-Juara belum terjamin. – AFP

LIVERPOOL – Kapten Liverpool, Jordan Henderson tidak mahu rakan sepasukannya terlalu selesa dan terus meraikan kejayaan mereka membelasah Manchester United 7-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield baru-baru ini.

Henderson merasakan kemenangan besar mereka itu masih belum menjamin tempat untuk berada dalam kelompok empat teratas bagi melayakkan diri ke pentas Liga Juara-Juara musim depan.

Sebaliknya, pemain tengah berusia 33 tahun itu berharap mereka menjadikan kemena­ngan ke atas United sebagai permulaan kebangkitan dalam baki 13 aksi EPL selepas ini.

“Masih ada banyak cabaran yang bakal kami tempuhi sehingga tamat saingan musim ini. Kami perlu sentiasa positif, bersedia dan bersemangat tinggi seperti menentang United.

“Namun, kami tidak boleh terlalu yakin kerana apa sahaja boleh berlaku. Kami perlu manfaatkan momentum semasa ini untuk memberi kami peluang menamatkan musim ini di tempat terbaik,” kata Henderson.

The Reds ketika ini menghuni tangga kelima dengan 42 mata selepas mengharungi 25 perlawanan, ketinggalan tiga mata di belakang Tottenham Hotspur yang berada di tempat keempat.

Bagaimanapun, pasukan di tangga keenam, Newcastle United berpeluang memintas kedudukan Liverpool memandangkan mereka memiliki kelebihan satu perlawanan dalam tangan.

Skuad bimbingan Jurgen Klopp akan meneruskan sai­ngan menentang pasukan tercorot EPL, Bournemouth pada Sabtu sebelum bertemu Real Mad­rid untuk timbal balik pu­singan 16 terbaik Liga Juara-Juara.

Sebagai rekod, Liverpool tewas 2-5 walaupun terlebih dahulu menjaringkan dua gol sewaktu perlawanan pertama menentang Real di Anfield bulan lalu.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI