fbpx

Kecoh 28 pelajar perempuan pengsan main papan ‘spirit’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Papan Ouija atau dikenali sebagai papan ‘spirit’ didakwa boleh memanggil roh orang yang telah mati. – Getty Images

PASTO, COLOMBIA – Berpuluh-puluh pelajar perempuan sebuah sekolah di Galeras, Colombia dimasukkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri ketika bermain papan Ouija, lapor akhbar Daily Star semalam.

Pengarah dan guru-guru sekolah tersebut membawa kesemua 28 pelajar itu ke hospital selepas mereka menunjukkan gejala seperti pengsan, resah dan beberapa simptom lain.

Ketua Institusi Pendidikan Galeras, Hugo Torres berkata, ibu bapa dan waris pelajar telah dimaklumkan mengenai perkara itu dan mereka sedang menanti perkembangan terbaharu daripada doktor.

Kebanyakan ibu bapa percaya bahawa pelajar-pelajar tersebut dimasukkan ke hospital selepas bermainan permainan yang turut dikenali sebagai papan ‘spirit’.

Seorang ibu mendesak ibu bapa lain agar turut menyiasat mengapa begitu ramai pelajar dimasukkan ke hospital secara serentak.

“Anak-anak kita mengambil sarapan yang sihat dan tidak mungkin mereka jadi begitu kerana tidak cukup makan,” katanya.

Sementara itu, Torres meminta ibu bapa agar kekal bertenang dengan berkata: “Beberapa komen telah dikeluarkan oleh masyarakat mengenai kes ini. Anda tidak membantu menyelesaikan masalah, sebaliknya mengelirukan lagi dan menyebabkan kerja kami menjadi sukar.

“Institut pendidikan ini dengan rasa penuh hormat meminta agar orang ramai agar tidak membuat kesimpulan awal dan membuat spekulasi sendiri,” katanya.

Papan Ouija atau lebih dikenali sebagai papan ‘spirit’ didakwa kononnya boleh memanggil roh orang yang telah mati.  – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI