fbpx

Johor cuti ganti jika Ramadan jatuh Hari Keputeraan Sultan Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri telah bersetuju mengisytiharkan tarikh 26 Mac ini (Ahad) sebagai Hari Kelepasan Am sekiranya awal Ramadan jatuh pada Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor pada 23 Mac ini.

Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, ini kerana ia berlaku pertindihan Hari Kelepasan Am pada tarikh 23 Mac itu.

Sehubungan itu, kerajaan Negeri bersetuju membuat gantian cuti bagi Hari Kelepasan Am yang berlaku serentak itu kepada 26 Mac ini (Ahad).

“Adalah dimaklumkan bahawa pada 23 Mac adalah merupakan Hari Kelepasan Am bagi negeri Johor sempena Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor.

“Dan sekiranya awal Ramadan yang juga merupakan Hari Kelepasan Am bagi Negeri Johor, jatuh pada tarikh yang sama, Kerajaan Negeri Johor telah bersetuju mengisytiharkan tarikh 26 Mac 2023 sebagai Hari Kelepasan Am,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, penyelarasan tersebut selari dengan Seksyen 3, Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI