fbpx

Isteri bukan karung tinju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

Tindakan seorang pelakon yang didakwa mengasari isterinya sehingga wanita itu terpaksa menerima lebih 10 jahitan akibat ditumbuk mengundang amarah ramai.

Kecederaan yang dialami si isteri menunjukkan ‘kuasa’ seorang lelaki apabila tidak mampu mengawal perasaan dan tindakan ke atas pasangannya.

Keganasan rumah tangga adalah perlakuan keganasan terhadap pasangan meliputi fizikal dan gangguan seksual, keganasan pertuturan (maki hamun, cacian), ugutan/pengabaian emosi dan kewangan.

Punca utama semua ini adalah baran, perselisihan faham termasuk penyalahgunaan dadah.

Pada 2021, statistik menunjukkan kes keganasan rumah tangga meningkat sebanyak 42 peratus.

Menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, sebanyak 7,468 kes keganasan rumah tangga direkodkan pada 2021 berbanding 5,620 pada 2020.

Ini adalah kes yang dilaporkan, pastinya banyak lagi yang tidak dilaporkan dan bagaimana pula dengan nasib wanita terbabit?

Penting diketahui, tindakan memukul atau mendera isteri sama ada secara fizikal atau mental adalah kesalahan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dengan suami boleh dipenjara jika didapati bersalah.

Sebelum ini, seorang ahli perniagaan dihukum penjara tiga bulan dan denda RM2,000 selepas didapati bersalah memukul dan menendang isterinya.

Tindakan seorang buruh yang memukul isterinya dengan topi keledar berwarna merah berbalas apabila dijatuhi hukuman penjara 15 bulan oleh Mahkamah Majistret Gua Musang, Kelantan pada Februari lalu.

Tiada istilah ‘ter’ lebih-lebih lagi jika perubatan itu dilakukan dua atau lebih atau berulang-ulang pada hari ini, esok, lusa atau bulan depan.

Umum mengetahui ramai wanita yang tidak melaporkan kejadian yang menimpa mereka atas pelbagai sebab termasuk sayang dan malu.

Mungkin juga kerana merasakan lelaki itu tidak sengaja atau takut hilang pendapatan.

Namun, seorang isteri perlu mengutamakan keselamatan diri berbanding apabila berdepan kes keganasan pasangan.

Isteri janganlah hanya bersikap pasrah dan meratapi nasib kerana sayangkan rumah tangga dan anak-anak.

Bangun, laporkan kepada pihak berkuasa agar mendapat pembelaan. Laporan bukan bermakna penceraian, namun ia langkah berjaga-jaga.

Sekalipun si isteri ada silapnya, tetapi tampar, sepak terajang bukan jawapan. Pergaduhan depan anak-anak juga membuatkan si kecil trauma.

Wanita itu seperti bunga, mereka harus diperlakukan dengan lembut, baik hati dan kasih sayang.

Namun, jika dikasari akibatnya mereka memberontak dan sampai satu tahap golongan ini sudah hilang sifat kelembutannya.

Selamat Hari Wanita! Kasih Wanita!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI