fbpx

Haram ‘sondol’ rumah tangga orang supaya bercerai – Ustaz Azhar Idrus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video penjelasan Ustaz Azhar sewaktu ditemu bual pendakwah muda, Furqan.

PETALING JAYA – Haram hukumnya sekiranya seseorang itu dengan sengaja mengganggu dan merosakkan rumah tangga orang supaya pasangan suami isteri tersebut bercerai.

Menerusi penjelasan pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus berkata, terdapat perbezaan antara mengganggu rumah tangga orang dengan poligami yang dibenarkan di dalam Islam.

“Dalam Islam ini, dia kahwin seorang. Jika kamu kahwin lebih daripada seorang (adalah) dibolehkan, bukan disuruh. Cuma kena faham, kalau makna ‘sondol’ itu ialah orang perempuan yang dia sengaja nak merosakkan rumah tangga orang lain, baru hukumnya haram.

“Tapi kalau dia nak berkahwin dengan suami orang, hukumnya harus. Ramai orang salah faham, dia kata kalau kahwin dengan suami orang dikira merampas, salah,” tegasnya menerusi video menjawab soalan sewaktu ditemu bual pendakwah muda, Furqan Fawwaz.

Mengulas lanjut, Ustaz Azhar berkata, wanita yang disifatkan sebagai perampas apabila dia berkahwin dengan suami orang, seterusnya menyuruh lelaki tersebut menceraikan isteri pertama.

“Dia kahwin dengan suami orang dan dia suruh cerai isteri tua, perampas. Dia hidup dengan baik, dia akan jadi isteri yang kedua, itu bukan perampas. Itulah yang dibenarkan dalam Islam.

“Hukum tu tengok-tengok dulu, bukan dengan emosi. Kalau memang dia ganggu rumah tangga orang supaya ranap rumah tangga itu, supaya bercerai laki bini itu haram. Itu bukan pendapat saya, itu pandangan di sisi Islam,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI