fbpx

Dewan Rakyat: Anwar sahkan Jana Wibawa diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) akan diteruskan bagi membantu golongan bumiputera.

Kenyataan Ahli Parlimen Tambun itu sekali gus menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa beliau akan membatalkan projek tersebut.

Namun kata Anwar, pihaknya akan melakukan rundingan semula kerana banyak pelanggaran peraturan kewangan termasuk ada syarikat bukan bumiputera telah ‘dibumiputerakan’.

“Saya pegang jawatan ini bukan untuk menganiaya, menekan atau menzalimi sesiapa, saya tahu apa erti pendakwaan terpilih.

“Kalau nak bagi projek, saya tidak halang tetapi ini projek khusus Bumiputera tetapi ia mengelirukan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini semasa sesi penggulungan Belanjawan 2023.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, fitnah dan kecaman boleh berlaku kepada sesiapa saja dan semua pihak harus menilai semua pertuduhan serta bukti sama ada terdapat rasuah atau tidak.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI