fbpx

Dewan Rakyat: 16,752 aduan diterima NSRC sehingga 31 Januari lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 16,752 panggilan membabitkan pelbagai kes penipuan dan khidmat nasihat diterima Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) sehingga 31 Januari lalu.

Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim, berdasarkan aduan tersebut pihak Polis Diraja Malaysia telah membuka 751 kertas siasatan kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Sementara itu, sebanyak 24 kertas siasatan pula dibuka mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

“Kita juga telah membeku akaun berjumlah RM24.3 juta bagi tujuan siasatan berhubung kes-kes penipuan tersebut,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) yang mahu tahu keberkesanan penubuhan NSRC.

Tambah beliau, kerajaan juga sedang meneliti dan mengkaji bagi menambah baik perundangan sedia ada bagi mengesan modus operandi dilaksanakan penjenayah dalam penipuan atas talian yang sentiasa berubah dari masa ke masa.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI