fbpx

Dapat RM40 sehari, modal pun tak lepas – Nelayan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peraih melihat bekas ikan yang kosong di pelantar ikan di Kuala Sungai Baru, Kangar semalam.

KANGAR – Para nelayan di sekitar perairan Kuala Sungai Baru di sini mengeluh selepas mendapati hasil tangkapan mereka merosot hampir 100 peratus berbanding sebelum ini.

Keadaan itu dipercayai di­sebabkan pertukaran musim MonsunTimur Laut.

Seorang nelayan pesisir pantai, Abdul Hamid Mokhtar, 57, berkata, sebelum ini nelayan mampu mendaratkan sehingga hampir satu tan tangkapan ikan setiap hari.

Disebabkan itu katanya, kini mereka hanya memperoleh hasil tangkapan sekitar 50 kilogram (kg) dan ini menyebabkan nelayan hanya mendapat RM40 sehari dan kadangkala modal untuk membayar bahan bakar pun tidak lepas.

“Disebabkan perubahan musim angin timur, hasil ikan yang ditangkap berkurangan dan pendapatan nelayan terjejas te­ruk,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kawasan pendaratan ikan Kuala Sungai Baru dekat sini semalam.

Kata Abdul Hamid yang be­kerja sebagai nelayan selama le­bih 40 tahun itu ketiadaan bekalan ikan turut menyebabkan harga sumber protein itu melambung tinggi.

Sementara itu, seorang pembantu peraih, Hamzah Ahmad, 63, berkata, keadaan itu berlaku dalam tempoh seminggu ini dan semakin ketara dalam dua tiga hari lepas.

“Memang kebanyakan nelayan hanya mendaratkan ikan dengan purata sekitar 50kg sahaja dan ini menyebabkan bekalan tidak mencukupi.

“Jika dahulu, ketika ikan ba­nyak, harga tolak sesetengah jenis ikan kepada peraih sekitar RM3 hingga RM4 sekilogram.

“Kini harga tolak kepada pe­raih sahaja mencecah RM10 dan ia dijual lebih tinggi di pasaran runcit.

Tambahnya, keadaan bertambah buruk dengan pencerobohan nelayan dari Kedah dan Thailand yang menangkap siput retak seribu yang diharamkan di Perlis.

Ujarnya. kaedah tangkapan menangkul siput itu menjejaskan ekosistem seperti tanah di dasar laut menjadi masam sehingga merosakkan habitat anak ikan dan hidupan marin lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI