fbpx

Caprice rancang perlawanan ‘tinju selebriti sambil beramal’, bela nasib wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Caprice dalam satu perkongsian video di Instagramnya semalam

PETALING JAYA – Penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice memberi cadangan untuk mengadakan satu pertandingan sukan tinju antara selebriti sambil beramal.

Katanya, hasil kutipan daripada pertandingan tersebut akan diserahkan kepada mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membela nasib para wanita.

Caprice menerusi satu hantaran video di Instgramnya semalam, turut mencadangkan beberapa nama selebriti lelaki yang bakal digandingkan sebagai rakan lawan dalam pertandingan tinju tersebut.

“Kalau anda nak tengok perlawanan ini jadi kenyataan, beritahu saya. Komen di bawah siapa yang akan menang.

“Duit hasil kutipan, untung yang dapat itu nanti, akan kita serahkan kepada mana-mana NGO yang memperjuangkan nasib wanita,” katanya.

Menurut Caprice, idea pertandingan itu tercetus apabila ramai yang meminta dirinya mengulas mengenai isu keganasan terhadap wanita yang semakin menjadi-jadi dalam kalangan selebriti Malaysia.

Tanpa mengulas panjang, Caprice hanya mencadangkan pertandingn tinju diadakan untuk melihat sejauh mana kehebatan serta kekuatan seorang lelaki itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan cadangan tersebut temasuklah rakan sekebriti sendiri.

“Baru tahu siapa anak jantan sebenar, jangan berani dengan perempuan sahaja, mari bertarung dalam gelanggang,” kata Amin Azizi.

“Kali ini aku setuju dengan Caprice, masuk gelanggang, buktikan siapa hero sejati,” balas Amirul. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI