fbpx

Beri kepercayaan kepada sistem perundangan dalam kes Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi berucap pada Sesi Libat Urus bersama Ketua-Ketua Jabatan Peringkat Negeri mengenai Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di KPKT, Putrajaya petang tadi. foto - FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA- Rakyat perlu memberi kepercayaan penuh kepada sistem perundangan negara, pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes membabitkan Presiden Parti Bersatu Malaysia (Bersatu).

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata, kerajaan perlu mengekalkan perspektif tiada sebarang campur tangan melibatkan kes Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya tidak mahu masuk campur, malah ketika menjadi pembangkang saya terima kes demi kes daripada wistleblower (pemberi maklumat) yang mana saya harus harus bercakap dan hampir membayar harga yang mahal.

“Sekarang sebagai kerajaan sangat penting untuk saya tidak dekat untuk memastikan dari perspektif kerajaan kita elakkan sebarang campur tangan.

“Dalam hal ini, biar proses itu berjalan termasuk proses mahkamah, beri kepercayaan penuh kepada sistem kita, perundangan dan SPRM,” katanya pada sidang media selepas sesi libat urus Menteri Ekonomi bersama Ketua-Ketua Jabatan Peringkat Negeri di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI