fbpx

AS sumbang bantuan RM117 juta untuk pelarian Rohingya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelarian Rohingya membawa sumbangan bantuan yang diterima di sebuah kem pelarian di Ukhia, Bangladesh, 2 Mac lalu. - AFP

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) mengumumkan bantuan kemanusiaan berjumlah AS$26 juta (RM117.4 juta) khusus kepada pelarian Rohingya di Bangladesh dan serata lokasi di rantau Asia.

Kira-kira satu juta pelarian Rohingya kini tinggal di khemah-khemah sementara di Bangladesh dengan kebanyakannya melarikan diri daripada tindakan keras tentera Myanmar pada 2017.

Insiden itu telah mencetuskan satu daripada krisis kemanusiaan paling teruk di dunia.

“Dana ini akan membolehkan rakan kerjasama kemanusiaan kami terus menyediakan bantuan yang mampu menyelamatkan nyawa ke kawasan-kawasan terlibat sama ada di Bangladesh atau Myanmar,” kata jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price.

Tambah Price, dengan adanya dana terbaharu itu, ia menjadikan jumlah bantuan keseleruhan yang disediakan AS kepada pelarian Rohingya kini berjumlah AS$2.1 bilion (RM9 bilion) sejak Ogos 2017.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Selasa lalu berkata, ia memerlukan dana sebanyak AS$876 juta (RM3.9 bilion) bagi memenuhi keperluan kemanusiaan pelarian Rohingya di Bangladesh.

Bantuan derma juga dilaporkan semakin berkurangan yang menyebabkan PBB melaksanakan catuan makanan untuk minoriti tersebut. 

Kejatuhan drastik dalam sumbangan bantuan tahun lepas dapat dilihat apabila hanya AS$553 juta (RM2.4 bilion) masih berbaki dalam dana tersebut bagi memenuhi keperluan mereka, jauh berbeza daripada dana yang dicari oleh agensi-agensi bantuan. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI