PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah sehingga pukul 5 petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataan melaporkan, amaran tersebut melibatkan beberapa kawasan di lima negeri tersebut.
“Kawasa tersebut ialah Pahang (Pekan dan Rompin), Negeri Sembilan (Jempol) manakala Johor (Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian dan Kota Tinggi).
“Selain itu, Sarawak terdiri daripada Sarikei (Julau), Sibu, Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat), Kapit (Song dan Kapit) dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi), manakala Sabah melibatkan Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar dan Penampang),” katanya hari ini.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Katanya, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE