fbpx

Alif Satar tak lupa asal usul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALIF SATAR mengenang memori pernah bergelar anak rumah flat sewaktu zaman kanak-kanaknya.

ARTIS versatil Alif Satar nyata tidak pernah lupa asal usul apabila berkongsi kenangan tinggal di sebuah flat di Wangsa Maju ketika zaman kecilnya.

Penyanyi, pelakon dan pengacara itu berkongsi nostalgia lampau ketika diundang dalam laman sembang kendalian Amelia Henderson.

Katanya, mereka sekeluarga pernah menetap di kediaman tersebut sejak tahun 1990 sehingga umurnya mencecah ke darjah satu.

Selepas itu mereka berpindah ke luar negara demi mengikuti ibu bapanya yang mendapat tawaran menyambung pengajian di United Kingdom (UK).

Dalam perkongsian berkenaan Alif sempat menitipkan pesanan kepada orang ramai supaya jangan bongkak sekiranya telah berjaya.

Mizz Lahar memang suka tengok personaliti Alif yang sentiasa merendah diri selain faham tugas media.

MIZZ LAHAR: Apa agaknya kesudahan kerjaya seorang pelakon yang pernah mendakwa dia mampu hidup tanpa publisiti?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI