fbpx

21 kes ketirisan diesel dikesan dalam Op Tiris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aris (kiri) melakukan pemeriksa ke atas kenderaan yang keluar dari Malaysia di ICQS Pengkalan Hulu, Gerik, hari ini. - FOTO MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

GERIK – Sebanyak 21 kes ketirisan diesel bersubsidi melibatkan rampasan bernilai RM283,375 direkodkan di seluruh negara sepanjang tujuh hari Ops Tiris dilaksanakan sejak 1 Mac lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Penguat Kuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Aris Mamat berkata, rampasan itu membabitkan 93,740 liter bahan api yang berjaya diselamatkan daripada diseleweng.

Dalam tempoh itu, Sarawak mencatatkan kes tertinggi iaitu lima kes diikuti Negeri Sembilan dengan empat kes. Banyak kes yang berlaku di peringkat stesen minyak dan pemborong, bukan setakat pembelian oleh warga asing di stesen minyak.

“Mereka menggunakan pelbagai kenderaan termasuk kereta atau lori untuk mengisi diesel di stesen minyak sebelum dialihkan ke dalam tangki lain,” katanya pada sidang akhbar selepas melakukan pemeriksaan khas di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Pengkalan Hulu, di sini hari ini.

Sepanjang Op Tiris dijalankan, sebanyak 168 pemeriksaan dijalankan di seluruh negara membabitkan 178 pegawai penguat kuasa.

Katanya, operasi dan pemantauan akan dipertingkatkan di semua peringkat terutama di kawasan sempadan selain stesen minyak dalam usaha mengekang kegiatan penyeludupan diesel bersubsidi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI